Terkini

Friday 11 October 2013

TERAPI DENGAN SOLAT TAUBAT



Sebagai orang islam kita digalakkan untuk menunaikan solat taubat pada setiap masa atau bila terasa diri banyak melakukan kealpaan kepada perintah dan suruhan Allah s.w.t.  Solat Taubat juga boleh menjadi Terapi bagi membersihkan batin seseorang pengamalnya.

Solat Taubat
Solat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah dan memohon kepada Allah dengan seikhlas hati dan penuh tawaduk dan rendah diri, insya-Allah taubat kita akan diterima.
Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadanya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan.
Amat penting untuk kita solat taubat memohon ampun kepada Allah kerana, musibah yang menimpa kita adalah sebagai kafarah dosa kita terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada Allah dan segeralah melakukannya. Firman Allah;
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.."
(An Nasr, 3)
Maka, segeralah bertaubat, ingatlah, dosa-dosa kita ialah penghalang kepada doa-doa kita.
Dengan melakukan amalan ini, di samping mendapat keampunan Allah, dengan izin Allah doa kita akan dimakbulkan, serta Allah akan mendengar rintihan penyakit kita agar disembuhkan insya-Allah.
Amat penting untuk kita sedari bahawa penyakit datang daripada Allah dan penawar juga di sisi Allah, pintalah keampunani-Nya dan sujudlah!
Berdoa kepada Allah agar kanser kita disembuhkan dengan izin-Nya. Pesakit dinasihati agar melakukan solat taubat sebanyak termampu, lebih baik jika dapat diamalkan setiap malam.
Pada sujud yang terakhir, pesakit berdoalah kepada Allah di dalam hati, agar diampunkan segala dosa dan diangkat segala penyakit yang menimpa.
Percayalah, telah ramai pesakit saya yang melakukan amalan ini dan merasakan sendiri hasilnya.
Tidak perlu kita ragu kepada kuasa Allah kerana kuasa kesembuhan hak mutlak Allah, kita merancang dan berusaha, seterusnya kita pulangkan tawakal kepada-Nya. Insya-Allah pesakit akan merasai hasilnya.
"Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Adalah Rasulullah SAW membaca ketika sujud :
"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun yang, besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi."
(Hadis sahih riwayat Muslim)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121202/kn_04/Terapi-melalui-doa#ixzz2g5T6R7Sn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment