Terkini

Thursday, 10 October 2013

10 TIPS PENJAGAAN VAGINA DAN PETUA ORANG LAMA


Jika sebelum ini kita bicarakan tentang bagaimana laser boleh ketatkan vagina.....,,tetapi pada kali ini yang lebih penting bagaimana kita nak menjaganya pula.

 Majoriti wanita sanggup menghabiskan wang untuk kecantikan wajah dan tubuh badan sehinggakan mereka lupa menjaga aset yang sangat penting iaitu kesiahatn dan kebersihan vagina.  Bahagian intim ini tidak boleh diambil mudah , ianya perlu dijaga dengan betul agar berada dalam keadaan baik.

Ramai wanita mengalamkan pelbagai produk untuk 'mencantikan' bahagian ini.  Bagi wanita yang sudah berumah tangga terutama sudah melahirkan anak, mereka bimbang jika vagina tidak lagi 'sehebat' dulu.  Lantaran golongan ini berusaha sehabis daya mengembalikan keremajaanya.

10 Panduan Asas Penjagaan Vagina

Wanita seharusnya sedar,produk sekadar membantu tetapi amalan harian lebih penting untuk memastikan vagina 'sihat dan cantik' .  Disni dikongsikan tips penjagaan asas agar aset intim tersebut terpelihara.

1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahgian luar dengan menggunakan air.  Penggunaan tisu basah tidak digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2.  Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin.  Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.

3. Begitu juga dengan wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus ditukar denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.

4.  Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

5.  Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit.  Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.

6.  Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif.  Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.

7.  Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi .  Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.

8.  Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan.  Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

9.  Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.

10.  Peka dengan perubahan  bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor .  Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.

PETUA TRADISONAL
-Rebus daun sirih, tapis airnya.  Gunakan air rebusan sirih ini untuk mencuci bahagian intim.  Ia dikatakan amat mujarab untuk mengatasi masalah keputihan dan membantu menghilangkan bau.

-Selain itu, anda boleh menggunakan buah manjakani untuk merawat vagina secara natural.  Rebus 5 bjiji manjakani dan mabil airnya dan disimpan dalam botol.  Gunakan air ini untuk membansuh vagina.  Air rebusan ini boleh digunakan selama tiga hari.  Jadikan amalan dan akan merasai sendiri hasilnya.

http://normicantik.blogspot.com/2013/10/laser-ketatkan-vagina.html

3 comments:

  1. Replies
    1. Sayang kan teman wanita anda?. Mahukan teman wanita anda mempunyai bentuk badan menawan?. Payudara besar dan anjal. Punggung yang gebu dan montok?. Jangan bertangguh lagi. Hubungi kami. Layari web kami untuk info. kami sedia membantu.

      [KETAHUI LEBIH LANJUT BAGAIMANA BESARKAN PAYUDARA ANDA]

      Delete
  2. info masalah aircond rumah
    https://sidomaju31.blogspot.com/2017/08/masalah-aircond.html

    ReplyDelete