Terkini

Wednesday 2 October 2013

LASER KETATKAN VAGINA



Assalamualaikum semua..

Kali ni saya nak kongsikan tentang "vaginal rejevunation" iaitu memudakan dan menganjalkan semula vagina. Tentu pelikkan bunyinya..Menurut Profesor Nicola Zibernati ,kaedah menganjalkan vagina dengan menggunakan teknologi laser telah lama diperkatakan dan sehebat mana keanjalan boleh dicapai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang digunakan.

         Teknik yang biasa digunakan adalah berkuasa rendah dan langsung tidak menyakitkan namun mampu memberi kesan yang sama dengan cara kuasa yang tinggi yang kuat dan sering mengundang kesakitan. Dengan kuasa yang rendah kita akan berasa sangat selesa. Aktiviti harian dapat dilakukan serta merta dan hanya perlu mengelakkan hubungan seks selama tiga hari sahaja selepas rawatan. Selepas tu kita akan pulih sepenuhnya.

         Teknik LVR memerlukan tiga kali rawatan yang diulangi sebulan sekali untuk mendapatkan kesan maksimum. Teknik laser bukan saja meningkatkan elastisiti pada vagina tetapi membuatkan warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik.

        Apabila laser dipancarkan warna sekitarnya berubah menjadi cerah semula. Selain kecantikan otot dinding vagina juga menjadi lebih kuat dan tidak mudah mengalami masalah kelonggaran. Nikmat hubungan juga meningkat selepas rawatan ini.Mungkin satu masa nanti kaedah teknik laser ketatkan vagina akan menjadi pilihan wanita yang inginkan kesejahteraan rumah tangga......

No comments:

Post a Comment