Terkini

Thursday 17 October 2013

FUNGSI TESTOSTERON KEPADA HORMON LELAKI

TESTOSTERON memainkan peranan penting sebagai hormon sek lelaki.   Ia merupakan hormon steroid daripada kumpulan androgen .  90 % daripada produkdi testostron lelaki berlaku di testis lelaki.  Testostron mempunyai pelbagai fungsi pada peringkat umur yang berlainan.  Bagi lelaki dewasa testostron mengawal fungsi seksual lelaki (libido, potensi dan kesuburan).  Ia juga penting bagi kesihatan fizikal dan mental .

 

Fungsi TESTOSTRON pada tubuh badan lelaki:-

Suara
Membantu membentuk pematangan suara lelaki.

Kulit dan bulu badan
Membantu pertumbuhan dan pengagihan bulu diseluruh badan lelaki serta pengekalan bulu.

Tulang
Membantu pembentukan dan pengekalan kesihatan tulang

Darah
Penting untuk pertumbuhan sel darah merah dan pengedaran oksigen dalam darah.

Otot
Penting untuk pembentukan dan penguatan otot.

Mental
Membantu keseimbangan mental dan mengelakkan mood negatif . Ia juga penting bagi memori ,orientasi , koordinasi dan penumpuan.

Seksual
Membantu regulasi keinginan seks(libido) dan pelbagai fungsi seksual.

Antara simptom kemerosotan Testostron.

  • Kemurungan dan mood yang negatif
  • Tidur terganggu
  • Keletihan dan kelesuan akibat anemia
  • Penumpuan terganggu
  • Kemerosotan kekuatan otot/peluh berlebihan
  • Kekurangan libido dan kegagalan fungsi eraksi
  • Kekurangan produk sperma dan kesuburan
  • Kemerosotan pertumbuhan janggut dan bulu badan
  • Kekeringan dan kulit berkedut



No comments:

Post a Comment