Terkini

Tuesday 8 October 2013

BIOTHERM - BLUE THERAPY EYE

Makmal BIOTHERM  mendapati bahawa tisu sekitar mata itu penting untuk menyokong dan bertindak sebagai absorber......

TERAPI BIRU MATA 

Mata kita juga memerlukan terapi.  Memiliki sepasang mata yang cantik sememangnya idaman ramai.  Tahukah kita bahawa setiap kelopak mata mempunyai enam zon mata yang perlu diketahui wanita.

Makmal Biotherm mendapati bahawa tisu sekitar mata itu penting untuk menyokong dan bertindak sebagai absober.  Kocek yang berbentuk seakan bulan sabit ini terletak pada bahagian bawah bulu mata, atas kelopok mata dan bawah kelopok mata.

Berbanding dengan orang putih atau Arab mata orang kita lebih kecil kerana garisan lipatan kelopok mata kurang kelihatan seolah-olah tertutup.

Malah jika kita tidak menjaganya akan menjadi lebih buruk dengan pelbagai faktor lain.  Adakala mata kita terasa lebih berat dibahagian kelopok mata dan ianya disebabkan oleh peredaran limfatik tidak berkesan.  

Pencemaran, tekanan dan cuaca juga boleh menyebabkan kekurangan dalam pembuangan lebihan metabolik, lantas mengakibatkan mata kelihatan bengkak atau sembab.

Biotherm telah menghasilkan produk Blue Therapy Eye    khusus untuk wanita.  Produk ini dibuat untuk membantu kelopok mata lebih ringan, lipatan sempurna dibahagian kelopok mata, kontur mata lebih harus dan nampak berseri.  Ia memberi mata anda kesan menganjal dengan kuasa pencerahan.  Dengan hanya gunakannya setiap pagi dan malam sebelum tidur produk ini mampu menjaga mata anda.  

Kaedah ini baik untuk mengurangkan garisan penuaan,pigmentasi dan melancarkan peredaran darah di bahagian mata kita...

Cara urutannya....

1. Gunakan jari telunjuk kedua-dua tangan dan lakukan urutan ringkas.
2. Picit dengan lembut bahagain bawah mata.
3. Urut bahagian bawah mata.
4. Urut keliling mata.
5. Picit bahagian atas mata atau kening dengan lembut.
Lakukan picitan hanya 10 hingga 15 minit.
 

No comments:

Post a Comment