Terkini

Tuesday 8 October 2013

KELEBIHAN IKAN KEPADA LELAKI




 IKAN PANJANGKAN ..............UMUR LELAKI

          Menurut seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan berpeluang hidup lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini dikeluarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. 

        Kajian tersebut menunjukkan lelaki terhindar risiko serangan sakit jantung atau lumpuh sehingga 30 peratus sekiranya memakan ikan sekali setiap dua hari. Menurut Nakamura, satu kajian ke atas satu kumpulan lelaki yang memakan ikan dua hari sekali mencatat 0.7 peratus kematian berbanding 1.0 peratus bagi satu kumpulan lelaki lain yang memakan ikan hanya seminggu sekali atau kurang.

http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/50970-10-info-untuk-kesihatan-lelaki.html#.UPGasPJBmkU

No comments:

Post a Comment