Terkini

Friday 4 October 2013

TOMATO RAWAT KANSER PROSTAT

  
TOMATO DAN PROSTAT

    Jika wanita begitu mengambil berat tentang pemakanan mereka dan lelaki pula menganggap mereka tidak cerewet memilih makanan, perkara ini perlu diberi perhatian. Seperti juga wanita, lelaki harus tahu apakah makanan yang dapat membentuk kesihatan terbaik buat mereka. Makanan apa yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan sebagainya. Setiap satunya memberikan khasiat dan kelebihannya. 


        Bila disebut tentang tomato, pastinya yang tergambar di fikiran anda adalah ianya sangat masam dan berwarna merah terang.  Ada yang mengemarinya secara mentah atau yang sudah dimasak.  Tomato boleh didapati dengan mudah di Malaysia kerana senang ditanam dan dijaga.  Sangat popular di Itali dan sajian yang disediakan oleh mereka. Walaupun ianya masam, tomato mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri.  Warna merah pada tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sejenis pigmen yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran.  Pigmen ini penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.  Tidak kira dimakan secara mentah mahupun setelah dimasak, tomato tetap akan memberi khasiat kepada kita.
 
           Khasiat tomato akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan jika dimakan dalam bentuk jus, pes, atau sos.  Mengamalkan tomato dalam diet seharian kita sedikit sebanyak boleh membantu untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Antaranya adalah:

Tomato Merawat Kanser Prostat


        Rasa masam tomato dapat mendorong pengeluaran getah, membantu mencerna protein dan sebagainya. Vitamin C yang banyak terkandung di dalamnya dapat mengeluarkan lemak tulang mengaut pembuluh darah. Kadar kalium pada mineral di dalamnya paling banyak, membantu mengeluarkan unsur garam dalam darah, dan memiliki fungsi menurunkan tekanan darah.
         Untuk kaum lelaki, tomato sangat besar khasiatnya untuk mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.  Kanser prostat didapati boleh membunuh kaum lelaki secara perlahan-lahan kerana tiadanya tanda-tanda awal yang drastik.  Amalan memakan 10 biji tomato setiap minggu mengurangkan anda kepada risiko kanser ini sehingga 35%.  Apa sahaja makanan yang berasaskan tomato dianggap baik diamalkan. 
           Insyaalah bersamalah kita mengamalkannya.



No comments:

Post a Comment