Terkini

Tuesday, 1 October 2013

TEKNIK PUTIHKAN GIGI

Gigi merupakan simbol kepada kecantikan seseorang, apa bila gigi kelihatan cantik menambahkan lagi kemanisan dalam senyuman.
Apakah penyebab karies gigi?
 
Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula  yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mencegah karies gigi?

Kawal pengambilan gula

Makanan bergula  secara idealnya hanya perlu dimakan bersama  hidangan utama, jika ia diambil sebagai snek ia meningkatkan masa asid terdedah di dalam mulut. Di samping itu, kadar aliran air liur adalah lebih tinggi pada waktu hidangan utama. Air liur membantu dalam membersihkan gula di dalam  mulut kerana ia dapat mengurangkan penghasilan asid. 

Sesetengah minuman seperti minuman air berkarbonat atau lemon adalah sangat berasid. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan menghakis permukaan gigi (hakisan enamel).

Kekalkan kebersihan mulut yang baik

• Berus gigi secara menyeluruh setiap hari dengan ubat gigi berfluorida

• Floss gigi setiap hari bagi membersihkan celah-celah gigi

• Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun

No comments:

Post a Comment