Terkini
Thursday, 10 October 2013
RAHSIA CHE TA KEKAL JELITA
Assamualaikum kawan-kawan semua....kali ini kita cungkil kan kisah selebriti yang kekal jelita walaupun usia sudah bertambah.......bagi menjaga kecantikan kulit dan tubuh badan, cun lagi......
Siapa sangka disebalik popularitinya Rozita adalah seorang yang sangat mementingkan penjagaan badan dan kecantikan dengan cara tersendiri.
Sebagai selebriti apa definisi cantik dan sihat bagi anda?
ROZITA : Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu perkara yang universal. Jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.
Pada usia mencecah 40 tahun, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?
ROZITA : Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa 'happy go lucky'.
Bagaimana cara anda menjaga kecantikan kulit dan wajah?
ROZITA : Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar. Cuma pada waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.
Ada sesetengah artis mengambil suntikan untuk mengekalkan kecantikan, anda bagaimana?
ROZITA : Setakat ini saya belum terfikir lagi untuk mengambil suntikan kerana Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami sebarang masalah. Malah saya juga tidak pernah melakukan facial di pusat kecantikan sebaliknya hanya melakukan perkara asas di rumah sahaja.
Ramai orang mengenali Che Ta dengan tubuh yang langsing, tetapi pernahkah anda mengalami masalah berat badan?
ROZITA : Pernah tetapi ketika saya mengandung dulu, berat saya daripada 45 kilogram (kg) naik sehingga 90 kilogram. Tetapi biasalah mengandung, kemudian saya berjaya turunkan berat semula. Sekarang kalau badan naik pun hanya dua atau tiga kilogram, bila rasa badan naik, saya akan mula jaga pemakanan. Berat saya sekarang 50kg.
Bagaimana rutin pemakanan harian anda?
ROZITA : Saya seorang yang mengambil berat tentang bentuk tubuh saya tetapi itu tidak bermakna saya mengamalkan diet yang ketat sehingga jadi macam kucing, makan ikan sahaja 24 jam (ketawa).
Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya.
Ada ambil suplemen?
ROZITA : Saya hanya ambil suplemen dari Rich Beauty dan tidak ambil apa-apa suplemen tambahan lain.
Dengan jadual seni yang padat, sempatkah anda luangkan masa untuk bersenam?
ROZITA : Secara jujurnya, tidak. Tetapi saya bersenam dengan cara lain seperti kemas rumah, cuci bilik air kerana apabila kita bersenam, secara tidak langsung, pori-pori di muka akan menjadi kecil. Jadi bukan sahaja badan sihat, tetapi wajah kita pun akan jadi cantik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment