Manfaat Herba Untuk Kecantikan
Herba tradisional mengandungi banyak kelebihanya untuk kecantikan . Tidak hairanlah wanita zaman dahulu boleh mengekalkan kecantikan, kelihatan sentiasa muda dan berseri walaupun sudah beranak pinak. Herba seperti halia , lengkuas buah pala, minyak kayu putih halia bara, limau purut dan serai diperakui setanding dengan perubatan moden. Malah herba ini dikomersialkan dalam pelbagai produk kecantikan . Berikut adalah manfaat beberapa herba tradisional yang sempat di muatkan pada kali ini.......yang baik untuk... kecantikan untuk mu.
Limau purut untuk kecantikan kulit
Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.
Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur.
Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi.
Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas.
Serai sesuai untuk turunkan berat badan
Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus sering digunakan dalam masakan seharian dan dalam pembuatan minyak wangi. Tetapi tahukah anda bahawa serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati.
Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal sementara minyak serai pula mempunyai ada ciri-ciri anti kulat. Serai juga diketahui mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi dan memiliki sejumlah manfaat yang dapat membantu upaya penurunan berat badan.
Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Selain itu, ekstrak serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah rosak serta kembang ketika proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak.
Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian. ........bersambung......halia dapat mengeluarkan angin dari badan..
No comments:
Post a Comment