Panduan Memilih Produk Kecantikan
Memiliki kulit yang cantik dan berseri adalah idaman semua wanita. Daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki , setiap inci tubuh badan perlu di jaga dengan rapi.
Dengan kebanjiran produk kecantikan dipasaran , setiap wanita tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatnya. Ada sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menjadi cantik. Namun, beberapa perkara yang perlu difikirkan apabila membeli produk kosmetik...
Pastikan produk yang dipilih sesuai untuk kulit anda. Jika kulit anda berminyak, gunakan produk yang sesuai untuk kulit berminyak dan begitulah disebaliknya.
Kebanyakan produk kecantikan atau produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kulit. Teliti dahulu kandungan bahan pada label produk sebelum membelinya.
Status halal produk teramat penting untuk diketahui . pastikan bahan di dalam produk itu dihasilkan daripada sumber bukan haiwan serta pembuatan dan pengendalianya juga mengikut lunas syarak islam.
Wanita juga perlu berusaha mencari alternatif kepada produk kecantikan sedia ada. Salah satunya dengan menggunakan produk kecantikan berasaskan herba tradisional.
...akan bersambung.......Manfaat herba untuk kecantikan......
No comments:
Post a Comment