Manfaat Herba Tradisional
''Avokado bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang''
Lengkuas untuk jantung yang sihat
Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga sekeluarga dengan halia. Rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Ia biasanya ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus ke dalam makanan sebagai penambah rasa.
Lengkuas adalah antioksida semula jadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh.
Selain itu ia mampu merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih.
Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Malah lengkuas juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar mengekalkan jantung sihat.
Mungkin tidak diketahui ramai, lengkuas juga mampu mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual pasti hilang dengan cepat.
Kepentingan lengkuas tidak terhad kepada penjagaan sistem dalaman, malah ia juga amat berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit.
Masalah seperti panau dan ekzima mampu di atasi kerana lengkuas mengandungi bahan kimia yang mampu menghapus bakteria di permukaan kulit.
Minyak kayu putih penyembuh kulit
Selain minyak buah pala, adakah anda tahu bahawa minyak kayu putih banyak digunakan sebagai bahan asas untuk minyak urut tradisional? Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan harian.
Minyak kayu putih selain mengeluarkan bau yang wangi, ia juga membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit.
Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan tubuh serta menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan.
Ekstrak Avokado untuk kulit wajah dan Agen Pencegah Penyakit Dalaman
Di kalangan wanita di negara ini mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan khasiat buah avokado ini tetapi tahap pemahaman mereka hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.
Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan saja mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K.
Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Avokado juga bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.
Memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan.
Menurut En Hj Hashim, 71 tahun dari Temerloh, Pahang, pengguna losyen tempatan yang berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, pada dulunya mengalami masalah sakit urat dan angin dalam badan. Apabila malam badan mula berasa sakit dan sengal-sengal pada bahagian yang bermasalah.
Tetapi selepas beliau mengamalkan losyen berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, beliau berasa lega dan kesakitan yang dialami tidak seteruk dulu lagi. Beliau dapati, angin dalam badan juga semakin berkurangan serta sakit sendi semakin kurang. Kini beliau tidak perlu risau lagi tentang kesihatan saya dengan usia yang semakin meningkat.
...petikan daripada Harian Metro....
No comments:
Post a Comment