TOMATO DAN PROSTAT
Jika wanita begitu mengambil berat tentang pemakanan mereka dan lelaki
pula menganggap mereka tidak cerewet memilih makanan, perkara ini perlu
diberi perhatian. Seperti juga wanita, lelaki harus tahu apakah makanan
yang dapat membentuk kesihatan terbaik buat mereka. Makanan apa yang
dapat mengurangkan risiko penyakit dan sebagainya. Setiap satunya
memberikan khasiat dan kelebihannya.
Bila disebut tentang tomato, pastinya yang tergambar di fikiran anda
adalah ianya sangat masam dan berwarna merah terang. Ada yang
mengemarinya secara mentah atau yang sudah dimasak. Tomato boleh
didapati dengan mudah di Malaysia kerana senang ditanam dan dijaga.
Sangat popular di Itali dan sajian yang disediakan oleh mereka. Walaupun
ianya masam, tomato mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri. Warna
merah pada tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sejenis pigmen
yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran. Pigmen ini
penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan
badan. Tidak kira dimakan secara mentah mahupun setelah dimasak,
tomato tetap akan memberi khasiat kepada kita.
Khasiat tomato akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan jika dimakan
dalam bentuk jus, pes, atau sos. Mengamalkan tomato dalam diet seharian
kita sedikit sebanyak boleh membantu untuk menjaga kesihatan dalaman
dan luaran tubuh badan kita. Antaranya adalah:
Tomato Merawat Kanser Prostat
Rasa masam tomato dapat mendorong pengeluaran getah, membantu mencerna
protein dan sebagainya. Vitamin C yang banyak terkandung di dalamnya
dapat mengeluarkan lemak tulang mengaut pembuluh darah. Kadar kalium
pada mineral di dalamnya paling banyak, membantu mengeluarkan unsur
garam dalam darah, dan memiliki fungsi menurunkan tekanan darah.
Untuk kaum lelaki, tomato sangat besar khasiatnya untuk mengurangkan
risiko mendapat kanser prostat. Kanser prostat didapati boleh membunuh
kaum lelaki secara perlahan-lahan kerana tiadanya tanda-tanda awal yang
drastik. Amalan memakan 10 biji tomato setiap minggu mengurangkan anda
kepada risiko kanser ini sehingga 35%. Apa sahaja makanan yang
berasaskan tomato dianggap baik diamalkan.
Insyaalah bersamalah kita mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment